Berbeza dengan Hanzo (saudara Genji) yang menyerang dari jarak jauh dengan menggunakan arrow, Genji mempunyai gaya bertarung yang lebih menarik, dia akan menyerang dengan shuriken dan pedang oleh kerana itulah dia menjadi karakter yang agak sukar untuk dikuasai. Baca juga : 4 Watak Overwatch Terbaik Bagi Player Pemula
Shuriken
Serangan dasar shuriken Genji ialah membaling tiga shuriken sekaligus secara merebak membentuk segi tiga, jika musuh berada dekat dengannya, maka ke 3 shuriken tersebut akan mengenai satu musuh itu saja. Namun jika Genji mengeluarkan shuriken dari jarak yang agak jauh, shuriken akan mengenai beberapa musuh namun kerosakan yang ditimbulkan tidak terlalu besar.
Genji mempunyai HP yang sedikit, jadi anda harus berhati-hati menggunakannya, jangan menyerang musuh secara frontal, aturlah jarak dengan musuh sampai HP musuh lemah dan seranglah dengan segera.
Deflect
Dengan kemahiran ini, Genji boleh membuat perisai untuk menahan tembakan musuh, bahkan boleh memantulkan kembali ke para musuh yang menembak dia. Kemampuan special ini amat bagus untuk menutup sekurang-kurangnya Health dari Genji.
Cyber-Agility
Beberapa watak di overwatch mempunyai kemahiran tambahan seperti Soldier 76 yang mampu melakukan Sprint. Genji sendiri mempunyai kemahiran unik seperti mampu memanjat tembok dan melakukan double jumps.
Hal ini amat bagus digunakan untuk melakukan manuver di kawasan bermain untuk mencari musuh dengan Healt yang sedikit sehingga boleh dilumpuhkan dengan pedang atau shuriken.
Swift Strike
Apabila kamu mengaktifkan Swift Strike, Genji akan melakukan Dash kedepan dan melukai semua musuh yang berbaris di hadapannya. Jika kamu membunuh musuh dengan Swift Strike, kamu tidak perlu menunggu lagi untuk menggunakan kemahiran istimewa yang lain.
Salah satu kombinasi bagus yang boleh kamu lakukan ialah dengan menggunakan Cyber -Agility untuk mencari kedudukan yang pas sambil menyerang dengan beberapa shuriken untuk melemahkan musuh kemudian menghabisnya dengan Swift Strike. Dengan penempatan yang tepat kamu akan dapat melumpuhkan beberapa musuh.
Dragonblade
Pada masa Dragonblade Genji aktif, dia akan menghunus pedangnya dan meningkatkan kemahiran serangannya dalam beberapa saat. Hal ini juga akan berlaku ketika melakukan Swift Strike, saat Dragonblade aktif, serangan Swift Strike akan menjadi lebih hebat dan berbahaya.
Tips: jangan mendayakan Dragonblade sehingga kamu akan menggunakan Swift Strike untuk menghabisi musuh. Apabila musuh masih mempunyai Health yang banyak sebaiknya kamu serang dia dengan serangan biasa sahaja.
Ok ... itulah beberapa perkara yang perlu kamu tahu tentang watak Genji, di artikel selanjutnya akan saya bahas watak-watak yang lain. Jadi tetap berkunjung ke sini yaa ....
1 comments:
thanks sudah share artikel ini min, bermanfaat hehe...
solder uap
Post a Comment